Friday, May 3, 2013


Pengenalan :
  • Ahli arkeologi membuktikan kewujudan tamadun awal melalui penemuan sistem tulisan yang terdapat pada batu bersurat, , tugu, istana kuil, surat perjanjian dan sebagainya.
  • Menurut Darcy Riberio sistem tulisan ialah lambang dan manifestasi sesebuah bangsa.
  • Antara sistem tulisan awal iaitu heroglif (Mesir) ideogram (Sumeria) piktograf (China) dan Phoenicia (Yunani)
  • Bentuk tulisan awal berbentuk lambang dan simbol menjadi maksud tertentu.
  • Latar belakang tamadun awal.
Isi :
Sistem Tulisan sebagai Catatan Pensejarahan :
  • Ahli arkeologi dapat mengkaji sejarah perkembangan tamadun Mesir melalui penemuan batu bersurat yang dikenali sebagai ‘Roseta Inskription’ .Tulisan ini terdapat pada dinding-dinding piramid. Melalui tulisan Rosetanini dapat digambarkan corak kegiatanekonomi dan pertanian masyarakat Mesir purba.
Tulisan Untuk Merekod Upacara Keagamaan :
  • Penemuan rumah berhala ‘ziggurat’ di Sumeria iaitu bangunan berbentuk piramid tujuh tingkat. Catatan pada dinding kuil dan ziggurat membuktikan telah wujudnya amalan keagamaan dalam masyarakat tamadun awal. Di Mesir penemuan kompleks kuil di Karnak dan Memphis ada mencatatkan tentang gambar-gambar dan simbol menggambarkan keagungan dan kebesaran firaun Kuffu yang membinanya. Tulisan pada dinding kuil membuktikan berlakunya upacara pemujaan terhadap Tuhan firaun atau Amon-Re di Mesir.
Tulisan Untuk Merekod Sistem Undang-Undang :
  • Kod Hammurabi mengandungi 282 pasal meliputi pekara seperti perkahwinan, perdagangan, pertanian, pewarisan harta dan hukuman terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh masyarakat di Mesopotamia. Undang-undang Hammmurabi menetapkan hukuman berat kepada sesiapa yang cuba mengubah mana-mana bahagian dalam kod tersebut.Golongan hamba diberikan hak serta dilindungi . Kod Hammurabi juga mencatatkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga. Hukuman bagi setiap kesalahan jenayah amat berat dan rakyat perlu membayar denda yang berbeza mengikut status sosial. Hukuman lebih ringan jika kesalahan dilakukan oleh golongan atasan atau bangsawan dan sebaliknya.
Tulisan untuk Merekod Perkembangan IlmuPendidikan :
  • Catatan pada buku rekod-rekod perubatan di Mesopotamia mengandungi 600 koleksi ubat-ubat dan merekod perkembangan bidang perubatan yang dikawal oleh kerajaan. Doktor diberikan penghormatan tinggi dan dilantik untuk berhidmat di istana. Kod Hammurabi mengandungi sembilan fasal/kod berkaitan ilmu pembedahan. Dalam ilmu matematik sistem angka diperkenalkan. Terdapat dua sistem angka iaitu perpuluhan dan perenam puluhan. Dua teks ilmu matematik telah dihasilkan iaitu ‘ table text’ dan ‘problem text’ oleh masyarakat di Mesopotamia.
Tulisan Untuk Merekod Karya Kesusasteraan/ Kesenian :
  • Epik Gilgamesh merupakan karya puisi yang panjang menyentuh tentang kepahlawan dan kehebatan putera-putera diraja dan corak hidup orang Sumeria. Pada zaman Sumeria epik yang terkenal iaitu Legenda Etana dan Legenda Adapa. Karya yang dihasilkan pada zaman Babylon lama iaitu ‘The Poor Man of Nippur, The Lord of Wisdom dan Pessimistic Dialouge Between Master and Servant’. Pada abad ke- 3 SM tulisan cunieform menceritakan mitos tentang tuhan Enlil dan Ninhursag dihasilkan.
Tulisan untuk Merekod Urusan Pentadbiran :
  • Catatan rekod-rekod pentadbiran zaman dinasti-dinasti awal di China. Penemuan kubur besar besar ‘ Teracota’ mencatatkan tentang keagungan pemerintahan Shih Huang Ti. Di India terdapat catatan undang-undang dan tanggungjawab pemerintahan yang di pahat pada tiang-tiang batu Asoka untuk dipamerkan di khalayak ramai.
Tulisan Untuk Merekod Urusan Ekonomi Perdagangan :
  • Di Mesir rumah-rumah berhala mempunyai buku-buku rekod dan catatan tentang semua urusan jual beli, menyimpan buku-buku kredit ( hutang ) dan merekod barangbarang pesanan.
Tulisan Untuk Ketenteraan :
  • Melalui teks-teks ‘Taittiriya Upanishad ‘ dan kitab-kitab rig-veda mencatatkan bahawa raja dianggap sebagai pemimpin tentera yang berperanan melindungi rakyat.