Sunday, February 6, 2011

Peperangan Dalam Islam

=Kemunculan Islam telah merubah persepsi manusia terhadap konsep ketenteraan dan peperangan dalam peradaban manusia.


=Islam menyeru dan menggalakkan kedamaian dan keharmonian dalam sesebuah pemerintahan.Namum,sekiranya keselamatan dn intergriti sebuah pemerintahan Islam diancam,pemerintahan perlu dipertahankan melalui konsep ketahanan dan pertahanan menurut ajaran al-Quran dan al-Sunnah.


=Peperangan dalam islam bukan bertujuan untuk memperoleh keuntungan ekonomi atau kuasa politik,sepertimana yang didakwa oleh orientalis.Tetapi bagi tujuan mempertahankan maruah diri,masyarakat,agama dan negara.


=Penyebaran agama Islam bukanlah menerusi mata pedang seperti mana yang dikatan oleh orientalis,tetapi menerusi dakwa,penerangan,nasihat dan dialog.Hal ini terbukti apabila agama Islam tersebas ada waktu damai dan bukan pada waktu peperangan.

Kesan-kesan Daripada Peperangan Badar

=Kemenangan Islam ini tidak disenangi oleh pihak Yahudi dia Madinah,khususnya Bani Qainuqa'dan kaum Musyrikin di Makkah.Oleh sebab kaum Yahudi telah cuba memperkecil kejayaan ini,maka mereka pun telah dihalau dari Madinah.


=Penyingkiran kaum Yahudi dari Madinah berdasarkan wahyu Allah SWT,kerana dikhuatiri mereka akan melakukan pengkhiantan.Malah sikap mereka memperkecil orang islam Madinah dan memihak kepada kelompok Musyrikin Quraisy merupakan suatu pelnggaran perjanjian yang termaktub dalam piagam Madinah.


=Bagi pihak Musyrikin Makkah,kemenangan tentera Islm menyebabkan mereka menaruh dendam terhadap orang islam.Dendam tersebut dimanifestasikan dalam peperangan berikutnya,iaitu Perang Uhud.
=Peperangan ini di namakan Perang Badar kerana berlaku di pinggir sebuah telaga antara Makkah dengan Madinah yang dimiliki oleh seorang bernama Badar atau al-furqan,iaitu pemisah antara yg Haq dengan Batil.

Sebab-Sebab Berlakunya Perang Badar

=Dendam-iaitu kaum Musyrikin mahu membunuh Nabi Muhammad SAW dan menghapuskan orang islam,Hal ini disebabkan Nabi Muhammad SAW menyelar agama berhala,iaitu agama nenek moyang mereka.


=Kaum Musyrikin ingin menghapuskan orang islam di MADINAH kerana bimbang perdagangan dengan Syam terganggu.


=Selepas itu,kaum Musyrikin Makkah telah membawa satu kafilah (caravan) perdagan dari Syam ke Makkah yg bernilai 50 000 dinar di bawah pimpinan Abu Sufyan bin Harb.

=Tetapi,orang islam pimpinan Nabi MUhammad SAW telah mengesan gerakan kafilah MUsyrikin dengan jumlah tentera seramai 324 orang(kaum Ansar 238 dan kaum Muhajirin 86 orang).


=Setelah Abu sufyan diberitahu tentang kedatangan orang islam,beliau pergi ke Makkah untuk mendapat kan bantuan.Lebih 1000 orang yang diketuai oleh Abu Jahal telah datang membantu Abu Sufyan.


=Pertempuran tidak dapat dielakkan kerana tujuan sebenar mereka adalah untuk menangkap Kaum Muslimin dan sikap ego Abu Jahal yang ingin menghapuskan Rasulullah dan agama Islam.

=Lalu,pertempuran pun telah bermula dengan perlawaƱ satu sama satu antara 3 orang Muslim dan 3 orang kaum Musyrikin,iaitu Ali bin Abi Talib,Hamzah bin Abd al-Muttalib dan Ubaydah(pihak Muslimin) dengan Al Walid,Utbah dan Shaibah(pihak Musyrikin)

=Akhirnya,pahlawan Muslimin telah berjaya membunuh ketiga-tiga pemimpin Musyrikin tersebut.Seramai 67 orang Musyrikin telah terbunuh termasuk Abu Jahal yg dibunuh oleh Abdullah bin Mas'ud dan Umaiyah bin Khalf oleh Bilal bin Rabah.


=Selepas kekalahan kaum Musyrikin,ramai kaum musyrikin yg ditawan.Mereka dikenakan wang tebusan berdasarkan kemampuan.Seramai 14 orang islam mati syahid dalam perang ini.

PERANG BADAR

=Perang ini merupakan perang pertama disertai oleh Nabi MUhammad SAW

=Perang ini berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 H/624 M antara orang islam di Madinah dengan kaum Musyrikin di Makkah.